Saturday 25 February 2012

LOKASI IPG KAMPUS RAJANG

Kepada sesiapa yang belum tahu di mana kedudukan IPG Kampus Rajang, bolehlah merujuk kepada peta yang ditunjukkan di bawah.


Friday 24 February 2012

SEJARAH IPG KAMPUS RAJANG

Perkembangan pendidikan di Malaysia mempengaruhi Kerajaan untuk membina Maktab Perguruan Rajang (MPR), di Bintangor, yang terletak di Bahagian Sarikei, Sarawak pada tahun 1965. MPR ialah projek usaha sama antara Kerajaan Malaysia dengan New Zealand di bawah Rancangan Colombo. Kerajaan Malaysia menyediakan tapak maktab ini seluas 32.3 hektar sementara New Zealand memberikan bantuan kewangan sebanyak RM1.5 juta.

Pemandangan IPG Kampus Rajang dari Udara (26.08.2008)
Maktab Perguruan Rajang telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Yang Pertama, Tun Abang Haji Openg bin Abang Sapi'ee S.M.N., P.N.B.S., O.B.E. pada 31 Oktober 1967. Pada masa pembukaannya, MPR mempunyai sembilan orang pensyarah dan 89 orang guru pelatih. Pengetua pertamanya ialah K.J. Hayr dari New Zealand (1966 - 1967) dan perlantikan En. Lau Kuok Ding pada tahun 1968 merupakan pengetua pertama MPR yang terdiri daripada orang tempatan.

Plak Pembukaan Rasmi Rejang Teachers' College pada 31 Oktober 1967

TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Openg
bin Abang Sapi'ee

K.J. Hayr (Pengetua Pertama 1966 - 1967)
Latihan yang dijalankan di MPR adalah selaras dengan latihan perguruan di maktab perguruan di seluruh negara. Kursus yang dikendalikan di MPR bertujuan untuk melatih guru-guru sekolah rendah khusus bagi mengatasi kekurangan guru terlatih di sekolah seluruh Sarawak. Pada tahun 1975, Rancangan Latihan Guru Bersepadu telah dijalankan secara serentak di tiga buah maktab perguruan di Sarawak. Kursus selama dua tahun itu bertujuan untuk melatih guru bagi sekolah rendah dan menengah.

Blok Pentadbiran & Bilik Pensyarah

Flat Kediaman Pensyarah

Bengkel Pertukangan Kayu & Bilik Muzik

Perpustakaan, Makmal Sains dan Bilik Mikro (Bangunan Belakang)
Kemudahan Asrama Bagi Guru Pelatih

Dewan Makan

Pusat Kesihatan

Gelanggang Permainan

Ternakan Ayam (dijalankan oleh Pelatih Opsyen Sains Pertanian)

Ternakan Lembu juga turut dijalankan

Pada tahun 1976. MPR memulakan kursus intensif Bahasa Melayu untuk melatih guru-guru sekolah rendah selama tiga bulan. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) ini melibatkan guru-guru sementara yang sedang berkhidmat seperti dalam Pekeliling No.1 1973 tetapi belum mempunyai latihan.

Maktab Perguruan Rajang merupakan maktab pertama di Sarawak yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bermula pada tahun 1978.

Berikut merupakan senarai Pengetua-pengetua (kini Pengarah) yang pernah menerajui Maktab Perguruan Rajang (kini Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang).

Tahun Perkhidmatan                  Pengetua/Pengarah
1966 - 1967Mr.K.J.Hayr (New Zealand)
1967 - Nov 1968Mr.Radford (New Zealand)
Nov 1968 - Ogos 1969En.Lau Kuok Ding (Sibu)
Ogos 1969 - Ogos 1971En.Mathew Warrier (New Zealand)
Ogos 1971 - Jun 1972En.Peter Bong (Kuching)
Jun 1972 - Jun 1973En.Matnor Daim (Kuching)
Jun 1973 - Sept 1975En.Encharang Agas (Betong)
Sept 1975 - Dis 1975En.George Ong B.C (Kuching)
Jan 1976 - Dis 1976En.Mohd Haji Sabil (Marudi)
Jan 1977 - Okt 1993En.Encharang Agas (Betong)
Nov 1993 - April 2003Pn.Maria Dris (Sibu)
Jun 2003 - Ogos 2010En.Nicholas Ugul (Mukah)
16.8.2010 hingga SekarangEn. Raymond Gai Panting @ Gaie (Roban)


Berikut adalah antara koleksi foto-foto pensyarah yang pernah berkhidmat di MPR. (Saya mengalu-alukan sumbangan foto-foto lama bekas pensyarah, staf dan guru pelatih / alumni MPR untuk dimuatnaik di dalam blog ini sebagai tatapan bersama).

1976
1984
1991
1992
2001